Hello fellows, hye ini adalah entry pertama saya baru mula nak berjinak-jinak buat blog...
So saya nak share sikit vacation trip ke Korea...It's an amazing, adventurous yet unforgettable memory...
Saya dengan member just follow this Bucketlistabroad punya trip waktu Autumn (27-31 Oct 2015)
memang best giler lah...Tour Guide dia nama Acap, humble jer orangnya.
Kami sampai je di Incheon Airport terus disambut oleh Acap...masa ni tgh busy nak pergi ke Guesthouse, kami naik subway around ₩ 4,750 (lebih kurang RM18.00) kalau naik airport Bus
₩ 10,000, bus turun betul2 depan guesthouse.
Inilah tempat penginapan kami...Bong Backpackers....kat luar tu nampak jer simple, kat dalam rupanya lagi lah simple...hahaha.....
Okay now nak share 10 tempat yang wajib dilawati bila datang ke Seoul, Korea ni...
1. MASJID ITAEWON
First day, kita orang pergi tempat paling femes for muslim iaitu Masjid Itaewon, rasanya kat sinilah tempat yg paling senang nak cari makanan halal, sebab kebanyakkan restaurant dia adalah restaurant arab...tapi kita org makan makanan korea lah of course...nama restaurant tu EID...mmg popular lah tmpt tu...
2. NAMSAN TOWER
Malam tu pulak kami ke Namsan Tower...yuhuuu...malam tu punyalah sejuk walaupun musim autumn tapi dah macam duduk dalam peti sejuk...dan benda yg paling orang suka buat ialah pad lock, but unfortunately i'm not doing that...
3. NAMI ISLAND
Second day, Acap bawa kami pergi ke Nami Island, tempat femes drama korea Winter Sonata...nak tahu tak sejarah Nami Island ni? Sebenarnya Nami Island ni hanyalah sebuah pulau yang tiada apa-apa pun, lepas drama Winter Sonata buat penggambaran kat sini masa musim salji, dan drama tu meletop2 terus Menteri Perlancongan dia nak bangunkan pulau tu, that's why lah kat situ ada tugu Winter Sonata...(sebelum tahu kisah sebenar, wonder sekejap kenapa winter sonata yg dijadikan tugu, lepas dah tahu the story...okay no wonderlah)...
Pastu kita orang sempat lah main basikal pusing2 satu island ni, price dia ₩ 3,000 untuk 30 minit... okaylah...gambar bajet2 cute...kihkih...
4. DONGDAEMON DESIGN PLAZA (DDP)
Malamnya, kami jalan2 kat Dongdaemon Design Plaza (DDP)...Memang macam bandar New York perghhh...apalagi kita org pun ambil lah gambar...dah macam poster artis K-pop pulak rasanya...
5. CHEONGGYECHON STREAM
Okay ini sebenarnya anak sungai yang tiba2 ada di tengah2 bandar Seoul, rare kan...tapi memang terjaga dan sangat bersih...merupakan laluan pejalan kaki juga...kalau ada perayaan tempat ini akan jadi tumpuan dan suasananya sangat meriah....
Ini pulak bunga rose berlampu okay....sangat romantik tempat ni...
Then kat DDP ni ada satu mall nama dia Doota Shopping Mall, ada satu kedai ni, salesman dia boleh cakap bahasa melayu dan tagalog...sangat fasih...nama kedai tu Arirang...memang femes lah...ramai orang yg datang DDP ni akan singgah kedai tu untuk beli souvenier...tapi kita tak borong banyak pun...save untuk shopping kat Myeongdong.
Haaa itu orangnya, dia gelarkan diri dia Zul Ariffin...pelakon Malaysia yg sado tu, kita org iyakan aje...so panggil lah dia dgn gelaran Zul...hahah very funny guy...
6. GYEONGBOKGUNG
Hari ketiga, kita orang pergi Gyeongbokgung Istana utama dan yang terbesar semasa era pemerintahan Dinasti Joseon...lokasi dia strategik sebab dikelilingi oleh gunung-ganang di utara dan sungai Han di selatan...kalau berjalan sehingga ke pintu belakang Istana akan terjumpa Korean Blue House iaitu tempat kediaman dan pejabat rasmi president Korea.
6. INSA-DONG
After dah penat berjalan mengkaji sejarah...so Acap bawa kita orang pergi Insa-dong...dia cakap kat sini banyak jual hand made and craft tangan Korea lah...so tak beli apa2...tapi sempat jugak makan ice-cream ni...nama dia Jipangi...price satu ice cream ₩ 4,000 (lebih kurang RM15.00) fuh dasyat...kat sini jugak kita orang sewa nak pakai pakaian tradisional Korea iaitu Hanbok...
7. EWHA WOMAN UNIVERSITY
Dalam banyak2 tempat Acap bawa, tempat ni lah yang paling saya suka...suka giler!!...mana tidaknya tengok kawasan sekeliling macam bandar yang sangat pesat pembangunannya dan rekabentuk University tu sendiri dah cukup unik...semua gambar di bawah adalah kawasan University...
8. NAMSANGOL HANOK VILLAGE
Hari ke-empat ni Acap bawa kami ke Namsangol Hanok Village untuk tengok kehidupan orang korea dulu2....ini antara taman dia yang sangat colorful dan cantik...
9. NAMDAEMUN MARKET
Now it is time for a free and easy activity ...what else...it's a shopping time...dan tempat yang patut korang pergi untuk beli souveniers ke beli barang untuk diri sendiri ke...saya cadangkan shopping lah di sini sepuas-puasnya...market ni antara tempat shopping yang terbesar...dah mcm pasar Siti Khadijah lah kalau kat Kelantan....disebabkan busy shopping sampai penuh tangan, jadi tak sempat ambil gambar...sini ada jual T-shirt I LOVE KOREA, Running Man...3 helai ₩ 10,000... then bag backpacker ₩ 15,000...pastu ada kedai jual kerongsang dan permata2...tapi tak beli sebab nak save...hahaha...
10. MYEONGDONG
Orang kata kat sini tempat heaven bagi mereka yang berminat dengan barang kosmetik, sebab bersepah sana-sini kedai kosmetik antaranya Tony Moly, Missha, Nature Republik, Etude House, The Face Shop, Body Shop, The Skin Shop dan yang seumpamanya...promoter dorang berebut-rebut panggil customer suruh masuk kedai dorang...hahaha...dan antaranya sayalah...
So inilah 10 destinasi yang terkandung di dalam trip bersama Bucketlisabroad bersama Tour Guide Acap yang kacak dan comel...tapi waktu petang before ke Myeongdong...kita orang sempat pergi satu lagi destinasi wajib iaitu...
11. Hangang Park
Hangang Park ni memang dekatlah dengan Han River tu...selalu orang bercinta sukalah picnic kat sini...tpi masa ni sejuk giler...kita orang tak stay lama, setengah jam je ambil2 gambar pastu terus masuk subway balik...hahaha...
So, itulah journey kami di Korea sepanjang 5 hari 4 malam di sana...cerita panjang tak guna...you guys should go and experienced it by yourself...






















Nice post....kipidap dongivap sidebab...
ReplyDeleteNice post....kipidap dongivap sidebab...
ReplyDelete